Monday, July 1, 2019

Panduan Kekal Nombor Lama-MNP

Sebelum melakukan pendaftaran untuk kekal nombor lama, biasanya pengedar akan menerangkan panduan awal kepada bakal pengguna apa yang perlu diambil perhatian iaitu:-

Simkad jenis MNP ini adalah untuk anda kekalkan nombor telefon anda sedia ada tetapi berpindah penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang digunakan sekarang (seperti Maxis, Celcom, Digi, U-Mobile, Tune Talk etc) kepada ONEXOX.
Selepas melakukan MNP, anda akan terus mengekalkan penggunaan nombor telefon yang sama tetapi hanya cuma perlu menukarkan simkad yang digunakan sekarang kepada simkad ONEXOX.
Walaubagaimanapun, sebelum anda membuat pembelian simkad jenis MNP ONEXOX ini, berikut adalah syarat dan keperluan bagi proses MNP yang perlu anda semak dan fahamkan:-
  1. Nombor telefon yang anda gunakan haruslah didaftarkan atas Nama dan Nombor IC yang diketahui pemiliknya (iaitu maklumat anda sendiri). Sekiranya nombor telefon yang anda gunakan adalah didaftarkan atas nama orang lain seperti nama isteri, maka proses pendaftaran MNP haruslah menggunakan butiran isteri anda. Anda boleh memohon pertukaran maklumat pemilik hanya SELEPAS proses MNP selesai.
  2. Nombor telefon tersebut tidak terikat dengan apa - apa kontrak telco sedia ada. Anda perlu semak dengan pihak telco tersebut untuk mendapatkan kepastian.
  3. Jika nombor telefon anda adalah jenis "prepaid", maka anda perlu memastikan nombor telefon tersebut masih dalam keadaan aktif (kredit belum expired untuk tempoh 3 - 5 hari sewaktu proses MNP dilakukan).
  4. Sekiranya kredit simkad anda masih banyak, gunakan terlebih dahulu dan tinggalkan baki sekurang - kurangnya RM1.00. Kredit dari telco lama tidak boleh dipindahkan ke ONEXOX.
  5. Sebaliknya jika nombor telefon anda adalah jenis "postpaid", maka anda perlu memastikan segala bil semasa telahpun dijelaskan terlebih dahulu sebelum proses MNP boleh dilakukan.
  6. Proses MNP akan mengambil masa dari 1 hari sehingga kepada maksimum 5 hari bekerja. Proses ini bergantung kepada "kecepatan" pihak penyedia perkhidmatan anda yang sedia ada melepaskan permohonan nombor telefon anda untuk berpindah ke ONEXOX. Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau. Nombor telefon anda tetap boleh digunakan ketika proses ini dijalankan.
  7. Jangan lupa untuk melakukan backup atau menyalin nombor telefon yang disimpan di dalam simkad telco lama (sekiranya ada).        



Rujukan ini hanya untuk Dealer dan Sub Dealer sahaja

SP10 – Nombor Kad pengenalan baru salah. 
Remark/Resolution : Semak butiran kad pengenalan pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP11 – Nombor Kad pengenalan lama salah. 
Remark/Resolution : Semak butiran kad pengenalan pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP12 – Nombor ID polis/tentera salah. 
Remark/Resolution : Semak butiran Nombor ID Polis/tentera pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP13 - Nombor Passport salah. 
Remark/Resolution : Semak butiran Passport pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP51 - Nombor masih mempunyai kontrak dengan donor asal. 
Remark/Resolution : Semak dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal)samada nombor tersebut mempunyai kontrak atau tidak. Pemilik asal perlu batalkan kontrak sedia ada. Sekiranya Kontrak sudah di batalkan , Re-submit semula permohonan MNP tersebut.

SP52 - Mempunyai akaun tertunggak. 
Remark/Resolution : Pemilik asal perlu jelaskan pembayaran akaun yang tertunggak dengan Penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Jika Boleh, lebihkan pembayaran bil. Sekiranya akaun telah dibersihkan dari tunggakan, Sila Re-submit semula Permohonan MNP.

SP54 - Nombor yg hendak di MNP bukan dari donor yg di daftar. 
Remark/Resolution : Pemilik asal perlu semak dengan rangkaian sedia ada ( donor asal) samada nombor tersebut adalah betul dari rangkaian yg di daftarkan. Setelah mendapat pengesahan, Sila Re-submit semula permohonan MNP tersebut.

SP55 - Nombor telah tiada perkhidmatan. 
Remark/Resolution : Pemilik asal perlu pastikan nombor masih aktif dan sah sebelum membuat permohonan utk MNP. Sekiranya nombor telah tiada perkhidmatan, nombor tersebut tidak boleh digunakan lagi.

SP56 - Nombor tersebut iaitu Pemegang Akaun Utama ( Principal Line) mempunyai talian tambahan di bawahnya ( Supplementary Line).
Remark/Resolution : Pemegang Akaun Utama mesti pergi ke Penyedia Rangkaian sedia ada (Donor Asal) utk tamatkan talian tambahan dan salah satu nombor dari talian tambahan tadi perlu mendaftar semula utk menjadi Pemegang Akaun utama (Principal Line). Setelah proses berjaya, Permohonan MNP utk nombor tadi boleh di re-submit semula.

SP57 – Talian tambahan( Supplementary Line) mempunyai Pemegang akaun utama ( Principal Line) yang perlu di alihkan
Remark/Resolution : Pemegang talian tambahan perlu mendaftar semula sebagai pemegang akaun utama. sebaik sahaja proses ini selesai, maka mereka boleh meneruskan untuk meminta mengalihkan nombor tersebut.

SP58 – sebahagian atau semua nombor bukan kepunyaan pelanggan atau syarikat utama.
Remark/Resolution : Pengguna Talian tambahan (Supplementary Line) perlu mendaftar semula sebagai pengguna Utama ( Principal subscriber) atau sebagai .Pengguna individu.sebaik sahaja proses ini selesai, maka mereka boleh meneruskan untuk meminta mengalihkan nombor tersebut.

SP59 – Melebihi had Kredit.
Remark/Resolution : memastikan penggunaan perkhidmatan yang sedia ada tidak melebihi had kredit yang ditetapkan oleh operator rangkaian semasa.

SP61 - NOMBOR PELANGGAN ADALAH dihentikan sementara.
Remark/Resolution Semak status dengan pembekal perkhidmatan semasa, pastikan nombor mudah alih adalah aktif yang berkaitan, masih dalam tempoh sah topup / masih ada sekurang-kurangnya kredit masa siaran min RM1.


SP71 - User TIDAK / LAMBAT membalas SMS pengesahan port out daripada donor asal. Remark/Resolution : Re-submit semula permohonan MNP tersebut dan pastikan user membalas sms pengesahan port out dengan kadar segera.

SP72 - User menjawab TIDAK/NO kepada SMS Pengesahan/notification daripada donor asal.
Remark/Resolution : Mohon buat semakan semula dgn pengguna dan resubmit semula.

No comments:

Post a Comment