Monday, July 1, 2019

Panduan Pengguna ONEXOX


AKTIFKAN SIMKAD
Selepas memasukkan simkad ONEXOX ke dalam telefon, IANYA akan aktif secara auto. Selepas itu baru boleh membuat tambah nilai atau langganan data internet..
Khidmat Pelanggan:
12273 atau 1300888010
Semak baki kredit, baki data dan mata ganjaran (Loyalty Point).
Tekan : *132# call
SMS: BAL hantar ke 22111
Khidmat pelanggan: 12273 (melalui talian ONEXOX anda).

RELOAD TOP-UP
Top-up guna reload PIN 16 digit - *132*1*<16 digit PIN CODE># SEND
Top-up untuk kawan  *132*1*<16 digit PIN CODE>*<010300xxxx>#SEND

TEMPOH SAH 28 bulan.
Untuk nombor baru tempoh sah 28 bulan diperolehi dengan melakukan salah satu:-

1). Mesti topup RM10 dalam masa 24jam.
2). Sekali gus RM50 dalam masa 30 hari dari tarikh aktif. 
3). Langgan Season Pass 5GB FAT Data @ RM30 ATAU Season Pass FAT Voice 333 minit @ RM30 dalam masa 10 hari selepas pengaktifan.
4). Langgan Season Pass 10GB FAT data @ RM50 dalam masa 10 hari selepas pengaktifan.

Pelanggan akan menerimanya selepas dua minggu dari tarikh aktif simkad. Sekiranya selepas dua minggu masih tidak menerimanya maka sila hubungi pihak ONEXOX.
Jika kekal nombor lama secara automatik akan mendapat tempoh sah 28 bulan itu dengan syarat topup kali pertama RM5.

DAFTAR 10 Family & Friends.
Melalui Portal XOX Selfcare atau SMS.
Melalui Portal XOX Selfcare:
Login Selfcare : FnF
Melalui SMS:
Daftar : FnF ADD (no FnF) ke 22111
Semak : FnF LIST ke 22111
Padam : FnF DEL (No FnF) ke 22111
*caj RM1 dikenakan bagi setiap penukaran/pendaftaran nombor FnF setelah membuat 10 kali pendaftaran secara percuma.

MATA GANJARAN/LOYALTY
Sebagai tanda penghargaan atas sokongan, pelanggan ONEXOX akan diberi ganjaran dengan Mata Kesetiaan. Pelanggan boleh menggunakan Mata Kesetiaan untuk menebus SMS.
Setiap RM1 recharge/topup = 1 Point
10 Point = 1 SMS (sama rangkaian)
Cara Tebus : Boleh ditebus melalui portal SelfCare atau melalui SMS ->
Taip : LYT RED SMS Jumlah SEND to 22111
Contoh: LYT RED SMS 2 -> 22111

PANGGILAN VIDEO
Sama Rangkaian         28sen/30saat
Lain-lain Rangkaian     45sen/30saat


DATA INTERNET
Cara melanggan data.
*Semak baki kredit dan pastikan jumlah di akaun MA mencukupi untuk melanggan pakej data internet yang diinginkan.
*Sekiranya tidak cukup, pindahkan kredit dari akaun DA ke MA mengikut jumlah baki yang di perlukan.
Contohnya : ingin melanggan data RM18.
-Baki di akaun DA : RM10.00, akaun MA: RM15.00
-Jadi pindahkan sebanyak RM3.00 ke akaun MA.
-Cara pindah kredit dari DA ke MA:
SMS- TRNS DA <jumlah> hantar ke 22111.
-Kemudian langgan seperti biasa.
SMS- 1XD500 hantar ke 22111.
Anda akan terima sms untuk menyatakan langganan sudah berjaya.



ONEXOX EASY MENU *150#
Berita baik kepada semua pengguna ONEXOX ! Dalam usaha ONEXOX yang sentiasa ingin memberikan kualiti dan mutu perkhidmatan yang terbaik, kini kami telah menyediakan perkhidmatan Easy Menu melalui kod USSD.

Menu ini akan memudahkan para pengguna untuk membuat akses ke atas perkhidmatan kami dengan lebih cepat dan para pengguna boleh menyertai pelbagai tawaran menarik yang kami sediakan.
Manual Penggunaan:

Easy Menu Onexox kini boleh digunakan. Anda boleh mendail kod*150# dari phone anda untuk mencapai senarai menu seperti :-


PINDAH KREDIT
*Kedua-dua pihak akan dikenakan caj sebanyak 0.25 sen.
*Minimum kredit RM3 (tempoh sah 1 hari)
                                 RM7 (tempoh sah 3 hari)
                                 RM15 (tempoh sah 7 hari)
                                 RM30 (tempoh sah 25 hari)
RM3 SMS:  TRNS<jarak>MA<>010300xxxx<>MA<>3<>1234
RM7 SMS:  TRNS<jarak>MA<>010300xxxx<>MA<>7<>1234
RM15 SMS: TRNS<jarak>MA<>010300xxxx<>MA<>15<>1234
RM30 SMS: TRNS<jarak>MA<>010300xxxx<>MA<>30<>1234
SEND to 22111


SELFCARE
Kelebihan Selfcare.
Melihat profil, bill terperinci, periksa: (baki kredit, kuota, loyalty point, tempoh sah langganan, baki SMS percuma), Tambah nilai, Pengurusan langganan internet, Pengurusan sub talian, Pengurusan 10 nombor 'Family&Friend'-FnF.
Buka website SELFCARE
Untuk penggunaan pertama kali, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu...
New User Registration-> masukkan nombor telefon->masukkan PIN (password yang di hantar ke telefon anda, hanya 5 minit tempoh sah)
->masukkan emel sebagai username->isi password
->isi borang sedia ada->SUBMIT.
**selepas itu sila periksa inbox emel dan klik link untuk pengesahan. Kemudian login dan kemas kini maklumat anda.


USER GET USER

Apa itu UGU (User Get User) yang terdapat dalam ONEXOX Prepaid?
Apabila pengguna berpuas hati dan berkongsi dengan keluarga, rakan-rakan atau sesiapa sahaja mengenai simkad Onexox dan mereka juga bertukar ke Onexox maka penaja akan di beri ganjaran sebanyak 6% dari jumlah yang mereka top up setiap bulan samada dalam bentuk kredit (bawah RM50) atau tunai (atas RM50) terus ke akaun bank pengguna. Selagi mereka menggunakan simkad Onexox maka selagi itu penaja akan dapat setiap bulan.

**Caj perbankan RM3 dikenakan bagi setiap transaksi bank.
Maklumat perbankan mesti dikemaskini melalui daftar dan login ke portal SAHABAT ONEXOX.

Syaratnya mudah iaitu perlu menjadi pengguna ONEXOX. Tiada yuran penyertaan. Tiada had di tetapkan apabila ingin menaja pengguna lain. Mesti di daftarkan pada pengedar yang sah.
Bayangkan anda mempunyai User Get User (UGU) seramai 100 orang.
Setiap dari mereka topup RM50 sebulan.
100 Orang × RM50 topup = RM5,000×6 % Insentif = Rm300 (gaji pasif setiap bulan).

Terma & Syarat:
1. Program ini terbuka kepada pelanggan-pelanggan ONEXOX sahaja.
2. Setiap pelanggan layak untuk mengesyorkan perkhidmatan ONEXOX kepada seberapa ramai kenalan tanpa had.
3. Pelanggan layak mendapat 6% ganjaran daripada tambah nilai yang dibuat oleh kenalan.
4. Tiada yuran atau caj tambahan yang dikenakan.
5. Pelanggan hanya perlu membawa kenalan bersama-sama dokumen pengenalan kepada mana-mana PENGEDAR ONEXOX yang sah untuk mendaftar langganan.
6. Pelanggan yang mengesyorkan mesti memastikan nombor telefonnya dimasukkan bersama ketika pengedar mendaftarkan langganan kenalannya.
7. Tertakluk kepada mekanisme ganjaran.

PORTAL SAHABAT ONEXOX
Login ke system Onesys
Untuk pertama kali, PENGGUNA perlu mendaftar dengan memasukkan nombor telefon anda pada ID dan nombor kad pengenalan sebagai password. Pastikan TUKAR password selepas itu.

Login tetapi keluar mesej "INVALID MOBILE NUMBER"
**Berkemungkinan Pengguna sudah pernah klik"Sign Up" langkah seterusnya, hanya perlu RESET password Pengguna tersebut.
1.Klik forgot password
2.masukkan nombor telefon dan no.I/C
3.Klik RESET
4.Masuk ke portal dan pergi ke bahagian Account Manager
5.Klik "change password" dan masukkan password baru. Sekiranya masih tidak boleh Login, sila laporkan pada pihak teknikal:
010-6000062 / 010-6000266 (waktu & hari bekerja) atau menerusi email: dmt@onexox.my


Simkad jenis MNP ini adalah untuk anda kekalkan nombor telefon anda sedia ada tetapi berpindah penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang digunakan sekarang (seperti Maxis, Celcom, Digi, U-Mobile, Tune Talk etc) kepada ONEXOX.
Selepas melakukan MNP, anda akan terus mengekalkan penggunaan nombor telefon yang sama tetapi hanya cuma perlu menukarkan simkad yang digunakan sekarang kepada simkad ONEXOX.
Walaubagaimanapun, sebelum anda membuat pembelian simkad jenis MNP ONEXOX ini, berikut adalah syarat dan keperluan bagi proses MNP yang perlu anda semak dan fahamkan:-
  1. Nombor telefon yang anda gunakan haruslah didaftarkan atas Nama dan Nombor IC yang diketahui pemiliknya (iaitu maklumat anda sendiri). Sekiranya nombor telefon yang anda gunakan adalah didaftarkan atas nama orang lain seperti nama isteri, maka proses pendaftaran MNP haruslah menggunakan butiran isteri anda. Anda boleh memohon pertukaran maklumat pemilik hanya SELEPAS proses MNP selesai.
  2. Nombor telefon tersebut tidak terikat dengan apa - apa kontrak telco sedia ada. Anda perlu semak dengan pihak telco tersebut untuk mendapatkan kepastian.
  3. Jika nombor telefon anda adalah jenis "prepaid", maka anda perlu memastikan nombor telefon tersebut masih dalam keadaan aktif (kredit belum expired untuk tempoh 3 - 5 hari sewaktu proses MNP dilakukan).
  4. Sekiranya kredit simkad anda masih banyak, gunakan terlebih dahulu dan tinggalkan baki sekurang - kurangnya RM1.00. Kredit dari telco lama tidak boleh dipindahkan ke ONEXOX.
  5. Sebaliknya jika nombor telefon anda adalah jenis "postpaid", maka anda perlu memastikan segala bil semasa telahpun dijelaskan terlebih dahulu sebelum proses MNP boleh dilakukan.
  6. Proses MNP akan mengambil masa dari 1 hari sehingga kepada maksimum 5 hari bekerja. Proses ini bergantung kepada "kecepatan" pihak penyedia perkhidmatan anda yang sedia ada melepaskan permohonan nombor telefon anda untuk berpindah ke ONEXOX. Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau. Nombor telefon anda tetap boleh digunakan ketika proses ini dijalankan.
  7. Jangan lupa untuk melakukan backup atau menyalin nombor telefon yang disimpan di dalam simkad telco lama (sekiranya ada).



Untuk menjadi usahawan ONEXOX yakni pengedar sah ONEXOX, pertama sekali anda perlulah menjadi pengguna simkad ONEXOX terlebih dahulu.
Hal ini adalah kerana nombor telefon ONEXOX anda akan digunakan sebagai pendaftaran akaun pengedar ONEXOX. Anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan TELCO yang lain memandangkan setiap akaun pengedar akan diberikan akses DREG.


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Blackjack, casino game rules, and top casino bonuses
    Online 넷텔러 blackjack is played 바카라 사이트 with a standard 52-card deck. The deck 강원 랜드 쪽박 걸 가격 contains a standard 52-card 헬로우블랙잭 deck and a 스카이바카라 white deck of cards. All players to the table

    ReplyDelete